Korean Mango Bingsu

4/13/2017 06:59:00 PM


Aku kalau dalam sebulan tak makan benda ni memang tak sah. Ni macam makanan rutin setiap bulan. Nama diberi Korean Mango Bingsu. Sedapnya alahai. Speechless. No words.  Ais dia memang halus. Cair dimulut orang kata. Aku tak tau dia pakai mesin apa sampai halus gitu sekali. Dia susun mangga dulu sebelah bawah mangkuk pastu baru letak ais halus tu. Susun lagi mangga kat tepi-tepi. Pastu tuang susu pekat sikit atas ais last sekali 1 scoop aiskrim mangga. Perghhh..pikir jer pun dah menggugat ketenteraman. Haha. Kalau korang datang johor silalah pergi cuba bingsu kat sini. Ni lah antara makanan sedap yang korang boleh cuba sekitar johor. Nama kedai Ice Age Dessert Cafe kat bukit indah, alamatnya No 12 Jalan Bestari 6/2 Bukit Indah Johor.

P/S : Korang kalau datang berdua atau bertiga sila order 1 je yer sebab portion agak besar. Just for your info Korean Mango Bingsu ni dia serve 5 kali je sehari sebab kuantiti mangga yang dia pakai bagi setiap hidangan sangat banyak. Perut korang akan bloated dengan mangga je. Haha.

Catatan Lama

0 Manusia Berbual

Followers

Like my page on Facebook