Watson`s Facial Mask Promo

4/02/2017 10:59:00 PM


Memandangkan facial mask aku dah semakin susut dalam drawer, dan memandangkan Watson`s punya sale memang mengundang aku untuk membazir, akhirnya aku pun belilah facial mask flavour tangerine dan green tea ni. Flavour kauuuu.. haha.. Cerita pembaziran bermula bila aku memang dah pasang niat nak ke Watson`s, kebetulan waktu lunch hour tadi kawan aku ajak pergi kedai Petshop dan lagi sekali kebetulan sebelah tu ada tesco, kami pun singgahlah ke tesco lepas selesai ke Petshop. Aku pun ambik kesempatan ke Watson`s nak menambah inventori facial mask yang dah semakin susut kat rumah. Rupa-rupanya Watson`s buat sale. Beli 1 kotak facial mask Jenama SEP ni free 1 kotak jenama yang sama tapi boleh ambik flavour lain dengan harga RM 24.90 lebih kurang. Aku pun dengan ringan tangan gapailah 2 kotak facial mask jenama SEP flavour tangerine dan green tea. Setiap jenis facial mask ada function tersendiri contohnya macam yang aku ambik ni tangerine untuk brightening dan green tea untuk soothing. So, aku nasihatkan korang ambiklah mana yang korang rasa perlu untuk kulit korang. Setiap kotak facial mask standard memang ada 5 pieces. So dalam erti kata lain aku dapat 10 pieces dengan harga RM 24.90. Penjimatan super! Dah cuba pakai 1 flavour tangerine tadi and the result was superb! Compare to facial mask Face Shop aku prefer SEP ni sebab bila aku pakai jenama Face Shop aku jadi pening kepala. Bau dia kuat! SEP ni bau dia soft dan tak pening kepala. So, lepas ni memang inilah yang aku akan guna. Hihuhihuhihu....

Catatan Lama

2 Manusia Berbual

Followers

Like my page on Facebook