Wireless Charger Hadiah Dari Samsung

4/01/2017 10:10:00 PM



"Auntie.. Auntie.." terkedek-kedek Darwisy lari datang kat aku yang tengah elok baring atas sofa ruang tamu rumah. Tiba-tiba dia hulur barang kat aku. Elok lagi bersampul dalam plastik GDex. Aku belek-belek sampul nak pastikan memang barang aku. "Kepada : Nurulazlin Binti .........................". Hah betullah tu. Terdetik dalam hati, siapa pulak hantar barang kat aku ni. Daripada siapa tak nampak pulak since dia lipat kertas tu kedalam. Aku koyakkan dan buka, tadaaaaaaaaa.....Rupanya barang yang aku tunggu sejak sebulan lepas tapi tak kunjung tiba. Lama menunggu tu sampai dah tak ingat pasal barang ni. Haha. Wireless charger dari samsung. Cerita sebenar bermula waktu salah sorang kawan tempat kerja aku ni asyik berbual pasal Samsung Pay ada buat contest. Beli barang guna Samsung Pay 2 kali then beberapa orang terawal akan dapat Wireless charger ni percuma. Mula-mula malas jugak nak join sebab tak confident boleh dapat. Dan nak jadi cerita kawan aku tu beli barang kali kedua pakai Samsung Pay terus dia keluar notification "Congratulations........................." adalah lagi yang ditulis kat belakang ayat tu. Tiba-tiba aku rasa why don`t I give a try, memandangkan henpon aku ni boleh guna Samsung Pay dan kawan aku sorang ni macam senang je dapat. Aku pun purchase lah barang pertama guna Samsung Pay. Lepas 1 transaction. Dia bagi notification suruh buat 1 lagi transaction. Lepas 2 minit aku beli lagi 1 barang. Sekali transaction tu dia tak kira. Aku dah gabra. Ah sudah. Tipu ke ape ni? Rupanya kawan aku cakap, lagi sejam cuba lagi sekali. Waktu transaction kedua tak boleh dekat. Aku pun cuba lagi sekali sejam kemudian. Terus dia keluar "Congratulations............................." Perghh. Berbunga sekejap hati ni. Rasa macam nak nyanyi lagu hindustan golek-golek tengah padang. Sampailah semalam barang ni baru sampai. Puas hati rasanya. Kalau nak beli memang tak lah. Alhamdulillah. Yay! Thank You Samsung! 😘
Sekian untuk harini.

Catatan Lama

4 Manusia Berbual

  1. tahniah lyn.. bestnya dapat wireles charger ni..harga dia mahal kalo nak beli kan..

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah beratus jugak kalau nak beli ni..

      Delete

Followers

Like my page on Facebook